Monday, August 24, 2009

KEPENTINGAN DAN KEGUNAAN FACEBOOK DALAM SUKAN DAN REKREASI


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA


Di sini saya ingin berkongsi tentang kepentingan dan kegunaan facebook dalam sukan dan rekreasi.Facebook ini dapat berhubung di seluruh negara bukan hanya di dalam negara kita sahaja.Facebook ini juga dapat bertukar pendapat antara satu sama lain serta merberi pendapatan kepada mereka yang sedang menghadapi masalah contohnya.Mereka yang sedang menghadapi masalah yang tiada tempat mengadu,mereka akan meluahkan segala perasaan mereka di dalam facebook dan mengharapkan rakan-rakannya yang berada di dalam facebook itu untuk membantunya serta memberi dorongan kepadanya.

Selain itu,facebook ini juga memberi makna yang besar kepada pelajar untuk perbincangan serta mampu memantapkan lagi ilmu yang sedia ada atau menambah bahan-bahan kajian dalam sukan dan rekreasi.Di samping itu,pelajar dapat mengetahui jadual kelas yang diubah oleh penyarah masing-masing serta mengambil nota-nota penting umtuk tujuan mengulangkaji pelajaran.

Facebook ini juga boleh menjadi satu kelebihan kepada atlet untuk meningkatkan prestasi semasa dengan menimba ilmu serta mengambil teknik-teknik dari pakar atau atlet-atlet yang telah berjaya di muka bumi ini.

Kesimpulanya,facebook ini memang banyak kegunaannya serta amat penting bagi semua orang terutamanya pelajar.Jadi kita haruslah manfaatkan facebook ini dengan sebaik-baiknya dan jangan kita menyalah gunakan facebook ini ke arah benda yang tidak berfaedah seperti mana yang kita semua tahu.

Sampi di sini sahaja yang mampu saya terangkan kepada anda semua.Sebarang pertanyaan boleh meniggalkan komen anda.Sekian

Sesiapa yang ingin melihat facebook saya bolek click disini.


INILAH CONTOH PAGE FACEBOOK KEPADA SESIAPA YANG BELUM MENGENALINYA

No comments: