Sunday, August 30, 2009

Tugasan POWER POINT

TAJUK YANG DIPILIH :
  • Sukan BADMINTON

KUMPULAN SASARAN :
  • Pelajar sekolah rendah

MESEJ YANG HENDAK HENDAK DI SAMPAIKAN :
  • Memperkenalkan sukan BADMINTON kepada pelajar sekolah rendah untuk mereka ceburi

OBJEKTIF :
  • Meningkatkan pengatahuan permainan sukan melalui pembelajaran formal dan sistematik
  • Mendalamkan lagi ilmu sukan badminton kepada pelajar
  • Menarik minat pelajar untuk menceburi sukan badminton

Saturday, August 29, 2009

APA YANG TELAH DIPELAJARI PADA HARI KHAMIS 27/08/09 DALAM KELAS KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

Pada hari tersebut kami telah mempelajari apa itu hyperlink,multimedia,hypermedia,hyperteks.

Kami diminta membuka laman web dan mencari dan memahami apa itu hyperlink,multimedia,hypermedia,hyperteks dengan lebih mendalam.Kita tidak sedar apa yang kita guna selama ini ada berkaitan dengan itu semua cuma kita sahaja tidak tahu apa yang kita gunakan itu.Oleh itu Dr. Siti Fatimah ingin pelajarnya memahi perkara tersebut.


Pada hari itu kami diberi tugasan membuat powerpoint berkenaan dengan sukan dan pendidikan khas.Perkara yang perlu ada dalam powerpoint itu iala:
  • Tajuk
  • Siapa kumpulan sasaran kita
  • Apa mesej yang hendak kita sampaikan kepada pelajar
  • Apa objektif kita
  • Kita perlu membuat perancangan terlebih dahulu sebelum membuat power point

apa yang perlu ada pada diri ketika belajar (KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN)

Pada tarikh 27/08/09

Pada hari khamis yang lepas Dr. Siti Fatimah telah memarahi semua anak muridnya kerana kami semua tidak mempunyai sikap tolong-menolang antara satu sama lain,tiada kerjasama yang diberikan daripada kami,kami masing-masing kedekut ilmu dan terlampau mementingkan diri yang tidak mengambil kisah rakan-rakan yang lain.

Oleh itu,kami semua haruslah mempunyai sikap tolong-menolong,kerjasama,kongsi segala ilmu yang kita perolehi kepada kawan-kawan dan tidak mementingkan diri.Dengan sikap kita ada seperti yang Dr. Siti Fatimah katakan barulah segala masalah,kerja dapat diselesaikan.

Wednesday, August 26, 2009

PROSES REFLEKSI METAKOGNITIF


  • Proses ini adalah satu proses untuk para pelajar mencari sesuatu laman web bagi memastikan adakah laman web tersebut sesuai dengan perkara yang para pelajar cari.Proses ini penting bagi memastikan dan membolehkan bakal para guru mempratikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


  • Proses ini mempunyai 3 cara iaitu perancangan,pemantauan dan penilaian sesuatu laman web tersebut.

  • Proses yang pertama adah perancangan.Kita haruslah merancang dahulu apa yang ingin di cari dan adakah ia penting.Contohnya,seorang jurulatih haruslah mempunyai perancangan semasa latihan bagi mengelakkan pasukan yang dibimbing beliau tidak kucar kacir semasa latihan.Kita perlu mengambil tindakan yang betul dalam mengakses sesuatu maklumat dengan mengunakan beberapa cara.Yang pertama mengunakan kata kunci untuk mnecari maklumat dengan lebih tepat dan yang kedua dengan mengunakan enjin pencarian tertentu.

  • Proses yang kedua adalah pemantauan.pemantauan dilakukan dengan menjelajah keseluruhan laman web tersebut untuk mengenal pasti pengarang dan isi kandungannya. Ini membolehkan kita mencari maklumat dengan cepat dan tepat.

  • Proses ketiga iaitu yang terakhir adalah penilaian.kita mestilah menilai sesuatu laman web tersebut dengan mengambil kira beberapa kriteria iaitu kejelasan, ketepatan, terperinci, logik, relevan, mendalam, luas adil dan adil. Dengan ini kita mampu mencari laman web yang sesuai dengan kita bagi mencari maklumat yang di perlukan dan menyesuaikan serta mengaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

KEGUNAAN HYPERLINK ATAU DALAM BAHASA MELAYUNYA IALAH HIPERPAUTAN

Dalam istilah hiperteks, hiperpautan (atau ringkasnya pautan) ialah sambungan daripada sesebuah dokumen web kepada dokumen web yang lain. Sambungan ini dapat dicipta dengan menyatakan alamat sumbernya. Pengguna boleh mengikuti sambungan tersebut pada pelayar web[1] dengan mengklik pautan yang disediakan.

Pautan adalah perkara yang terpenting dalam pembinaan Jaringan Sejagat kerana ia boleh menyambung sesebuah laman web kepada laman web yang lain. Konsep ini diutarakan oleh Tim Berners-Lee. Walaupun begitu, ia tidak tertakluk kepada Jaringan Sejagat sahaja, malah pautan juga digunakan dalam media-media elektronik yang lain.

APA ITU MULTIMEDIA DAN BAGAIMANA UNTUK KITA MENGUNAKNNYA

Multimedia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. Multimedia adalah kata gabungan yang merujuk banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.

Monday, August 24, 2009

KEPENTINGAN DAN KEGUNAAN FACEBOOK DALAM SUKAN DAN REKREASI


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA


Di sini saya ingin berkongsi tentang kepentingan dan kegunaan facebook dalam sukan dan rekreasi.Facebook ini dapat berhubung di seluruh negara bukan hanya di dalam negara kita sahaja.Facebook ini juga dapat bertukar pendapat antara satu sama lain serta merberi pendapatan kepada mereka yang sedang menghadapi masalah contohnya.Mereka yang sedang menghadapi masalah yang tiada tempat mengadu,mereka akan meluahkan segala perasaan mereka di dalam facebook dan mengharapkan rakan-rakannya yang berada di dalam facebook itu untuk membantunya serta memberi dorongan kepadanya.

Selain itu,facebook ini juga memberi makna yang besar kepada pelajar untuk perbincangan serta mampu memantapkan lagi ilmu yang sedia ada atau menambah bahan-bahan kajian dalam sukan dan rekreasi.Di samping itu,pelajar dapat mengetahui jadual kelas yang diubah oleh penyarah masing-masing serta mengambil nota-nota penting umtuk tujuan mengulangkaji pelajaran.

Facebook ini juga boleh menjadi satu kelebihan kepada atlet untuk meningkatkan prestasi semasa dengan menimba ilmu serta mengambil teknik-teknik dari pakar atau atlet-atlet yang telah berjaya di muka bumi ini.

Kesimpulanya,facebook ini memang banyak kegunaannya serta amat penting bagi semua orang terutamanya pelajar.Jadi kita haruslah manfaatkan facebook ini dengan sebaik-baiknya dan jangan kita menyalah gunakan facebook ini ke arah benda yang tidak berfaedah seperti mana yang kita semua tahu.

Sampi di sini sahaja yang mampu saya terangkan kepada anda semua.Sebarang pertanyaan boleh meniggalkan komen anda.Sekian

Sesiapa yang ingin melihat facebook saya bolek click disini.


INILAH CONTOH PAGE FACEBOOK KEPADA SESIAPA YANG BELUM MENGENALINYA

Friday, August 21, 2009

KEGUNAAN SLIDE MASTER

Ramai di antara kita yang tidak tahu mengunakan power point slide master ini.Oleh itu saya akan menerangkan kegunaan slide master ini kepada mereka yang berminat.

Slide master di gunakan jikalau kita mahukan setiap slide itu mempunyai gambar,text dan warna yang sama tidak without editing in ech slide.

Manakala bagi slide biasa kita gunakan untuk kita edit dan memasukan isi presentation kita.


Contoh gambar dan cara untuk memasuki ke tempat slide master:



Sebarang pertanyaan atau kekeliruan sila tingalkan komen anda saya akan menjawab secepat yang mungkin kemusykilan anda.

KEJURULATIHAN SUKAN DALAM SUKAN DAN REKREASI [sistem tenaga]

SISTEM TENAGA

Tenaga boleh didefinisikan sebagai kapasiti atau keupayaan melakukan kerja, manalaka kerja pula boleh didefinisikan sebagai kebolehan melakukan sesuatu aktiviti sepanjang jarak/masa tertentu ,terdapat enam tenaga yang dikenal pasti.

  • Tenaga Kimia
  • Tenaga Mekanik
  • Tenaga Cahaya
  • Tenaga Haba
  • Tenaga Elektrik
  • Tenaga Nuklear

Sumber tenaga yang paling dominan bagi semua aktiviti manusia dan kebanyakan sistem biologi yang lain diperolehi dari Adinosine Triphoshate atau ringkasnya ATP. ATP ialah sebatian kimia yang komplek, terdiri daripada satu kompenen Adenosine dan tiga kumpulan Phospate. Ianya tersimpan di dalam otot dan dikeluarkan apabila sesuatu pergerakan otot dilakukan.Pemecahan satu mol ATP akan menghasilkan 7-12 kilo kalori ( k/joule ) tenaga ATP yang telah digunakan akan disintesiskan semula, proses ini memerlukan tenaga dalam proses ini ianya melibatkan proses anaerobik.


Tiga sistem tenaga dalam proses pengsintesisan ATP ialah :

SISTEM AEROBIK

Sistem ATP-PC ( Sistem Phospagen )

Sistem pemecahan Phosphocreatine (PC) menghasilkan ATP dan ini merupakan sumber ATP yang paling cekap dan pantas bagi kegunaan otot sistem yang digunakan untuk menghasilkan ATP semasa menjalankan aktiviti yang berintensiti tinggi dalam tempoh yang singkat sebagai contoh dalam acara 100 meter dan acara-acara yang mengambil masa di bawah 60 saat.































Sistem Glikosis Aerobik ( Sistem Asid Laktid )

Glikosis Anaerobik membebaskan tenaga untuk mensintensiskan ATP melalui pemecahan tidak lengkap karbohidrat ( Glikogen dan Glukosa ) kepada asid laktik . pengumpulan asid laktik dalam darah dan otot akan menyebabkan kelesuan. sistem ini juga merupakan pembekal utama ATP semasa Menjalankan aktiviti yang berintensiti tinggi dalam tempoh yang singkat. Contoh penggunaan sistem ini ialah acara – acara 400 meter dan 800 meter. Sistem ini membebaskan tenaga untuk menghasilkan ATP melalui pemecahan karbohidrat serta lemak dan kadang – kadang protein.

Hasil dari tindak balas ini ialah karbon dioksida dan air. Sistem ini membekalkan jumlah ATP yang paling banyak tetapi memerlukan satu siri tindak balas kimia yang kompleks, misalnya penggunaan tenaga dan sistem ini ialah larian bagi acara jarak jauh seperti marathon, 5 000 meter, 1 000 meter dan sebagainya.

Wednesday, August 19, 2009

PERKEMBANGAN pendidikan khas dan pendidikan pemulihan serta peranan guru

Projek penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan pendidikan khas dan pendidikan pemulihan serta peranan guru. Tinjauan literatur tentang pendidikan khas adalah dari aspek perkembangannya di barat dan di Malaysia, kedudukannya dalam Akta Pendidikan dan dari aspek definisi dan klasifikasi kanak-kanak dengan keperluan khas. Pertalian antara pendidikan khas dan pendidikan pemulihan telah dikaji dari segi ciri-ciri persamaan dan perbezaan antara kedua-duanya. Dari kajian literatur yang dibuat didapati amalan dalam pendidikan khas telah melalui beberapa perubahan dari era 1800 sehingga kini. Perubahan dalam perkembangan tersebut telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam peranan guru. Corak perkembangan pendidikan khas adalah berbeza di antara sebuah negara dengan sebuah negara yang lain. Sistem klasifikasi yang digunakan untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mengalami kecacatan atau kurang upaya juga didapati berbeza antara sebuah negara dengan sebuah negara yang lain. Perbezaan dalam sistem klasifikasi ini telah menyebabkan berlakunya perbezaan dalam penempatan dan peratusan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas di antara negara. Pendidikan pemulihan di Malaysia pula diperkenalkan selepas projek perintis untuk meninjau keperluan mengadakan pendidikan pemulihan dilancarkan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1967. Amalan lazim dalam pengajaran pemulihan khas ialah menggunakan sistem pengunduran. Kelas pemulihan khas diwujudkan bagi tujuan mengatasi maslah ketidakupayaan murid-murid lemah dalam menguasai kemahiran asas 3M - membaca, menulis dan mengira. Dalam pengajaran pemulihan strategi pengajaran diubahsuai untuk keperluan murid-murid yang mengalami ketidakupayaan dalam pembelajaran. Perkembangan dalam pendidikan khas telah membawa kepada perubahan dalam peranan guru. Pada peringkat awal perkembangan pendidikan khas, guru-guru berperanan memberi pendidikan kepada murid-murid mengikut kecacatan mereka berdasarkan laporan-laporan perubatan. Peranan guru-guru telah berubah dengan kewujudan kelas-kelas pemulihan dan pelaksanaan pendekatan integrasi, ' mainstreaming ' dan pendidikan inklusif.

Kejayaan orang-orang istimewa

Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.

Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak anda menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing.

Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi!

Apa Dia Pendidikan Khas ?

Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.

Apa Dia kanak-kanak Khas ?

“Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.

KEBERKESANAN strategi pengajaran eklektik dalam meningkatkan kemahiran mengeja dan membaca kanak-kanak bermasalah pendengaran.

Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan strategi pengajaran eklektik dalam membantu meningkatkan kemahiran mengeja dan juga kemahiran membaca kanak-kanak bermasalah pendengaran. Kajian ini adalah satu kajian kes yang dijalankan secara eksperimental di SRK Jalan Semenyih (1), Kajang, Selangor yang melaksanakan Program Percantuman Pendidikan Khas Masalah Pendengaran. Kajian ini turut disokong dengan tinjauan yang dibuat melalui temubual dan juga pemerhatian untuk mencari punca-punca kelemahan kemahiran mengeja dan juga membaca pelajar-pelajar ini. Ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk melihat sebarang peningkatan selepas rawatan dijalankan selama lapan minggu. Sampel bagi kajian eksperimental ini merupakan lapan orang pelajar bermasalah pendengaran tahap dua, sementara bagi kajian tinjauan dua orang guru Bahasa Melayu tahap dua. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat peningkatan min bagi kedua-dua kemahiran selepas rawatan iaitu bagi kemahiran mengeja sebanyak 22.92% dan kemahiran membaca pula sebanyak 23.69%. Akhir sekali, lima punca utama mengapa pelajar-pelajar ini lemah dalam kemahiran mengeja dan juga membaca telah dikenalpasti iaitu strategi pengajaran yang digunakan oleh guru; sikap dan tingkah laku pelajar semasa sesi pengajaran; sikap dan persepsi guru terhadap pelajar; penggunaan kod tangan yang berbeza dan input linguistik yang terhad sebelum pelajar menjejakkan kaki ke sekolah.