Wednesday, August 19, 2009

KEBERKESANAN strategi pengajaran eklektik dalam meningkatkan kemahiran mengeja dan membaca kanak-kanak bermasalah pendengaran.

Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan strategi pengajaran eklektik dalam membantu meningkatkan kemahiran mengeja dan juga kemahiran membaca kanak-kanak bermasalah pendengaran. Kajian ini adalah satu kajian kes yang dijalankan secara eksperimental di SRK Jalan Semenyih (1), Kajang, Selangor yang melaksanakan Program Percantuman Pendidikan Khas Masalah Pendengaran. Kajian ini turut disokong dengan tinjauan yang dibuat melalui temubual dan juga pemerhatian untuk mencari punca-punca kelemahan kemahiran mengeja dan juga membaca pelajar-pelajar ini. Ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk melihat sebarang peningkatan selepas rawatan dijalankan selama lapan minggu. Sampel bagi kajian eksperimental ini merupakan lapan orang pelajar bermasalah pendengaran tahap dua, sementara bagi kajian tinjauan dua orang guru Bahasa Melayu tahap dua. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat peningkatan min bagi kedua-dua kemahiran selepas rawatan iaitu bagi kemahiran mengeja sebanyak 22.92% dan kemahiran membaca pula sebanyak 23.69%. Akhir sekali, lima punca utama mengapa pelajar-pelajar ini lemah dalam kemahiran mengeja dan juga membaca telah dikenalpasti iaitu strategi pengajaran yang digunakan oleh guru; sikap dan tingkah laku pelajar semasa sesi pengajaran; sikap dan persepsi guru terhadap pelajar; penggunaan kod tangan yang berbeza dan input linguistik yang terhad sebelum pelajar menjejakkan kaki ke sekolah.

No comments: